Reseptor warna
Reseptor warna

Reseptor warna

Reseptor warna atau sering juga disebut sel kon (Bahasa Inggeris: cone cell) ialah sel penerima sinar di dalam retina mata yang bertanggung jawab terhadap penglihatan warna. Sel kon akan berfungsi dengan baik dalam keadaan yang cukup terang. Sebagai lawannya, sel batang akan berfungsi dengan baik pada cahaya yang redup.Osterberg pada tahun 1935 mengatakan, terdapat sekitar enam juta sel kon pada mata manusia.[1] Sementara Curcio pada tahun 1990 mengatakan terdapat sekitar 4,5 juta sel kon dan 90 juta sel batang pada retina manusia.[2][3]Sel kon kurang sensitif terhadap cahaya dibandingkan dengan sel batang, tetapi sel kon mampu membezakan warna. Sel kon juga dapat melihat butiran yang lebih halus dan kerana memiliki respon yang cepat terhadap perubahan.[4] Manusia biasanya memiliki tiga jenis sel kon dengan iodopsin berbeza, yang memiliki kurva respon yang berbeza, dengan demikian manusia menanggapi variasi warna dengan cara yang berbeza. Hal ini yang membuatian manusia memiliki penglihatan trikromatik. Dalam kes but warna, satu atau lebih sel kon tidak berfungsi sebagai mana mestinya, sehingga penderita buta warna tidak boleh melihat warna tertentu. Pernah juga dilaporkan bahawa terdapat manusia yang memiliki empat atau lebih sel kon yang membuat mereka memiliki penglihatan tetrakromatik.[5][6][7] Kerosakan pada sel kon akan menyebabkan kebutaan.